Pemuda UPKO Penampang mahu Felix Joseph Saang kekal Ketua Pemuda UPKO Pusat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemuda UPKO Penampang mahu Felix Joseph Saang kekal Ketua Pemuda UPKO Pusat



2 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang membuat ketetapan mengekalkan Felix Joseph Saang sebagai Ketua Pemuda UPKO Pusat pada pemilihan parti akan datang.


Ketuanya Billy Joe Dominic berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara kerana keyakinan Felix masih mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda dan mempunyai rekod cemerlang dalam memimpin Pemuda parti itu.


“Oleh itu, Pemuda UPKO Penampang dalam mesyuarat pertama hari ini (2 Jun) telah membuat ketetapan untuk mencalonkan saudara Felix Saang sebagai Ketua Pemuda UPKO Pusat,” katanya selepas mesyuarat itu, hari ini.


Billy Joe berkata, Felix merupakan antara pemimpin muda UPKO yang berkaliber dan mampu memimpin Sabah suatu hari nanti.


“Pemuda UPKO Penampang juga akan mencalonkan Micheal Fadilah, Billy Jinawat dan Alex Vern untuk jawatan AJK Pemuda UPKO Pusat,” katanya.


Mengenai aktiviti Pemuda UPKO Penampang, Billy Joe bekata, pergerakan itu akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan parti itu kepada masyarakat akar umbi.


“Selain turun padang untuk mendengar sendiri permasalahan rakyat akar umbi dan Kempen Derma Darah, kami juga merancang untuk mengadakan aktiviti sukan seperti Bola Sepak dan Gusti Lengan dalam masa terdekat,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page