Pemuda UPKO tolak perhimpunan berbaur provokasi perkauman, agama
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemuda UPKO tolak perhimpunan berbaur provokasi perkauman, agama


20 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menolak sebarang tindakan termasuk perhimpunan berbaur provokasi perkauman dan agama di negara ini.


Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud Jolyhame Saran berkata, ini kerana perhimpunan seumpama itu boleh menimbulkan kebimbangan dan mencetuskan salah faham.


Beliau turut mempersoalkan kewajaran pendekatan perarakan sedemikian oleh pihak penganjur, memandangkan Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan fahaman agama.


"Saya difahamkan perarakan tersebut merupakan program perhimpunan pemuda parti tertentu. Sekiranya mengadakan program atau perarakan, adalah lebih baik memaparkan nilai-nilai yang harmoni, membawa kedamaian dan mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas gambar yang tular di media sosial semalam yang menunjukkan gambar sekumpulan lelaki mewakili sebuah parti politik berarak menggunakan replika pedang, lembing dan perisai serta menggunakan simbol agama.


Gambar tular itu telah menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.


Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UPKO Penampang Micheal Fadillah berkata, pihak penganjur tidak seharusnya menganjurkan perarakan seumpama itu kerana ia tidak sesuai diadakan di negara ini.


“Tindakan ‘provokasi’ seperti ini tidak sesuai diadakan di Malaysia kerana ia boleh mencetuskan salah faham di kalangan rakyat dan boleh memberikan gambaran tidak baik kepada orang luar.


“Negara mungkin akan dilabelkan sebagai negara yang mempromosi budaya extremis.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page