top of page

Pendaki warga Singapura cedera tergelincir di Gunung Kinabalu

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 11, 2024
  • 1 min read


11 Julai 2024


RANAU: Seorang pelancong warga Singapura cedera selepas tergelincir di kilometer 8.3 laluan pendaki ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun terbabit mengalami kecederaan disyaki patah tulang buku lali kiri.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.55 pagi.


Katanya, sepasukan enam pegawai dan anggota terus dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


"Operasi turut dibantu pasukan SAR Taman-Taman Sabah dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).


"Sebaik tiba di lokasi, mangsa disyaki patah di buku lali kiri berdasarkan keadaan perubahan bentuk kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ridwan berkata, pasukan MOSAR terus memberi bantuan dan rawatan awal bagi menstabilkan keadaan mangsa.


Katanya, mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan Robinson Stretcher.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page