top of page

Penduduk Bimbang Ancaman Haiwan Liar, Rugi Harta Benda Rosak

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


PITAS: Mangsa banjir yang terjejas susulan hujan lebat berterusan lebih 24 jam di daerah ini meluahkan kebimbangan terhadap kehadiran haiwan liar yang masuk ke kawasan kediaman akibat limpahan air sungai.


Hasil tinjauan di beberapa lokasi banjir mendapati, beberapa penduduk bukan saja mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda khususnya peralatan elektrik, malah turut bimbang dengan kehadiran haiwan berbahaya.


Malah ada pihak yang mendakwa melihat sendiri kehadiran haiwan liar seperti buaya dan ular di kawasan perumahan mereka selepas dilanda banjir.

Salah seorang penduduk, Salma Hasan, 42, berkata, kejadian air melimpah dari sungai berlaku secara mengejut menyebabkan penduduk kampung gagal menyelamatkan harta benda.


Namun katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah kehadiran haiwan liar seperti buaya dan ular yang hanyut ke dalam rumah.


“Ketika kami sibuk cuba menyelamatkan harta benda termasuk peralatan elektrik, kami cemas apabila melibat kehadiran anak buaya yang mungkin dibawa arus ke kawasan perumahan.


“Malah, ada ahli keluarga yang terpijak ular di kawasan ruang tamu rumah selepas dinaik air banjir,” katanya ketika ditemui di Kampung Taka, di sini, hari ini.


Menurutnya, dia berharap agar pihak berkuasa berkaitan dapat memastikan masalah haiwan liar dapat dikawal sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini.


“Selain ancaman keselamatan, mangsa turut mengalami kerugian harta benda apabila peti sejuk dan mesin basuh dihanyutkan arus deras, manakala televisyen dan peralatan elektrik lain rosak akibat terendam air.


“Keadaan itu menambah beban kepada keluarga yang terjejas, terutama mereka yang bergantung kepada barangan tersebut untuk keperluan harian.


“Kami juga berharap ahar bantuan segera disalurkan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan akibat bencana berkenaan,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page