Penduduk Kadamaian didedahkan kaedah tanaman hidroponik
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk Kadamaian didedahkan kaedah tanaman hidroponik



23 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 20 peserta daripada beberapa buah kampung di Kadamaian menyertai program Bengkel Hidroponik Rakan Kebun dan Sahabat Komuniti Desa (SKOD) 2023, di Tabika Kampung Nahaba pada Sabtu.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis lberkata, objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada komuniti kampung tentang kaedah penanaman hidroponik.


"Kita perlu memberi peluang kepada komuniti kampung untuk belajar dan mencuba kaedah-kaedah pertanian yang moden dan efisien. Kita juga perlu memberi sokongan dan galakan kepada mereka untuk mengusahakan tanaman hidroponik sebagai sumber pendapatan dan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu, sini, baru-baru ini.


Dalam bengkel tersebut, para peserta daripada Kampung Nahaba, Kampung Tegudon dan Kampung Telungan diberi pendedahan mengenai asas-asas hidroponik, jenis-jenis tanaman yang sesuai, cara menyediakan sistem hidroponik, menjaga tanaman dan memasarkan hasil tanaman.


Program tersebut dianjurkan bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan komuniti Kg Nahaba.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Kota Belud Nor Azhar Othman.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page