Penduduk Kampung Kaung Ulu gotong royong baiki jambatan gantung, pemasangan paip
- nabalunews
- Aug 17, 2024
- 1 min read

17 Ogos 2024
KOTA BELUD: Sumbangan peruntukan touch point daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick bagi pembelian peralatan membaiki jambatan gantung dan pemasangan paip bekalan air.
Ini bagi membolehkan penduduk Kampung Kaung Ulu, Kadamaian menjalankan aktiviti gotong-royong perdana untuk membaiki kemudahan itu
hari ini.

Jambatan gantung yang dibaiki adalah untuk kemudahan pelajar yang menggunakan laluan itu untuk ke sekolah, setiap hari.
Jambatan gantung ini juga digunakan penduduk di Pusat Daerah Mengundi Kaung Ulu yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Gahui, Kampung Lobong-Lobong dan Kampung Kaung Ulu.
Manakala gotong royong bekalan air penduduk melibatkan kerja pemasangan saluran paip dari sumber air utama
ke kawasan perkampungan.















Comments