top of page

PENDUDUK KAMPUNG TIMBANG DAYANG TERIMA SUMBANGAN

  • nabalunews
  • Jan 10, 2021
  • 1 min read


10 JAN 2021


KOTA BELUD: Penduduk di Kampung Timbang Dayang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima sumbangan makanan asas dan barang keperluan harian.


Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud Datuk Japlin Akim, berharap bantuan itu dapat meringankan bebanan para penduduk kampung berkenaan.


“Segala yang diputuskan oleh kerajaan ada hikmah disebaliknya dan sudah tentu untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.


“Pelaksanaan PKPD selama 14 sebelum ini sudah menampakkan kejayaan dan rakyat harus percaya apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan, mempunyai sebab tertentu bagi membolehkan kampung ini bersih sepenuhnya daripada wabak Covid-19,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan pek makanan kepada 100 penduduk kampung Timbang Dayang Kota Belud di sini kelmarin.


Turut mengiringi rombongan adalah ahli-ahli jawatan kuasa Bahagian Bersatu yang lain.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page