top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk Wasai Baru rayu kerajaan GRS naiktaraf jalan bukit "tak sampai 100 meter"


11 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KIULU: Penduduk kampung Wasai Baru merayu kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah GRS) menyegerakan penaiktarafan jalan bukit yang jauhnya "mungkin tidak sampai 100 meter" menuju ke kampung itu.


Wakil penduduk Jimy Gohon berkata orang-orang kampung di situ dalam bulan ini sahaja sudah tiga kali mengadakan gotong royong untuk membaiki bahagian jalan bukit yang rosak.


"Memang benar, sebelum ini ada kontraktor yang menaiktaraf (konkrit) beberapa meter jalan ke Wasai Baru. Malangnya bahagian jalan yang diperbaiki hanya di kawasan yang agak rata.


"Apa yang penduduk kampung harapkan ialah kawasan yang agak curam (otidong) yang sepatutnya dinaiktaraf bagi memudahkan orang kampung berulang alik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jimy bersyukur kerana penduduk kampung berkenaan bersatu hati dan sanggup meluangkan masa untuk bergotong royong membaiki jalan tersebut.


"Mana tahan hampir setiap minggu gotong royong terutama selepas berlaku

hujan lebat," katanya.


Oleh itu, Jimy yang mewakili penduduk Wasai Baru amat berharap kerajaan GRS yang prihatin masalah rakyat dapat melakukan sesuatu untuk menyegerakan penaiktarafan jalan yang diadukan itu.

Comments


bottom of page