top of page

Pengecualian sewa kantin dilanjutkan sehingga Jun 2022 – KPM

Wartawan Nabalu News

9 Januari 2022 Oleh Farah Salim KOTA BAHRU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022. Menurut KPM dalam satu kenyataan hari ini, langkah itu bagi mengurangkan beban kewangan pengusaha kantin dan penyewa premis atau ruang di sekolah bawah KPM. Pengecualian sewaan tersebut termasuk sewaan premis bagi kedai buku, koperasi, kedai dobi dan vending machine di sekolah bawah KPM. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata usaha itu diambil selepas pihaknya menerima banyak permohonan daripada pengusaha kantin dan premis untuk meminta dikecualikan bayaran sewa kantin yang diusahakan. “Kita terima banyak permohonan pengusaha kantin sebelum ini yang meminta supaya diberi sekali lagi pengecualian sewaan kantin. “Justeru, kita membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewaan selama enam bulan termasuk premis-premis yang berada dalam sekitar sekolah,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pengoperasian sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page