top of page

Pengedar Dadah Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM10,500

  • nabalunews
  • Jul 27, 2025
  • 1 min read

27 Julai 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan bersama dadah dalam operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.


Dalam operasi kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 70.32 gram.


Ketua Polis Daerah Penampang., Superintendan Sammy Newton berkata, ketika ditahan, suspek didapati membawa tujuh paket plastik mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine.


Katanya, semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM10,500 berdasarkan harga pasaran semasa.


“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.


“Suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan.


Sehubungan itu, Sammy menyarankan masyarakat agar tidak terlibat dengan najis dadah dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat jenayah atau dadah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page