top of page

Pengedar Dadah Ekstasi Ditahan

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

ree

9 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam operasi di kawasan Inanam, semalam.


Dalam operasi kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit ditahan bersama lebih 167 gram dadah jenis ekstasi.


Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

ree

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, bertindak atas maklumat, pasukan operasi berjaya menahan suspek di kawasan rumah kedai.


Katanya, suspek kemudiannya menyerahkan satu plastik berisi beberapa bungkusan dadah jenis ekstasi.


“Pasukan operasi kemudiannya merampas semua dadah berkenaan termasuk telefon pintar jenis Iphone 15 Pro milik suspek untuk membantu siasatan.

ree

“Dengan dipandu arah oleh suspek, pasukan operasi kemudiannya menyerbu sebuah sebuah bilik sewa di tingkat 3 bangunan di Inanam Township.


“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi berjaya merampas beberapa lagi dadah jenis ekstasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Alhusin berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai mula aktif menjalankan kegiatan pengedaran jus, pil ekstasi dan ketamin pada September lalu untuk pasaran sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

ree

Katanya, suspek turut mendapatkan bekalan dadah melalui seorang lelaki yang tinggal di kawasan Likas dan mereka hanya hanya berurusan di dalam kereta.

ree

Sehubungan itu, Alhusin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page