top of page

Pengeluaran lateks perlu dipertingkat, fokus pada teknologi baharu

  • nabalunews
  • Aug 16, 2024
  • 1 min read

16 Ogos 2024


GUA MUSANG: Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa RISDA agar mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan teknologi dalam pengeluaran lateks untuk pekebun kecil.


Beliau menegaskan bahawa Malaysia kini ketinggalan dalam persaingan pengeluaran lateks di peringkat global, menyebabkan pengilang tempatan terpaksa mengimport lateks dari negara pengeluar lain, dengan kos sebanyak RM6 bilion.


“Kita berazam untuk mengeluarkan lateks kita sendiri dan menjadi pemain utama dalam industri ini.


"Dahulu, kita pernah menjadi pengeluar terbesar dunia, tetapi kini kedudukan kita semakin menurun disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja dan kos pengeluaran yang tinggi," kata Zahid dalam ucapannya pada Program Hari Terbuka RISDA Peringkat Negeri Kelantan di Kala Star, Gua Musang.


Beliau juga mengarahkan RISDA untuk memperkenalkan kaedah atau teknologi baharu bagi meningkatkan pengeluaran getah, dengan harapan Malaysia dapat kembali menjadi pengeluar getah utama dunia.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nasution Ismail dan Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli.


Zahid turut menekankan pentingnya usaha berterusan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bersama-sama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi, dalam membantu pekebun kecil RISDA melalui program tanam semula secara berfasa dan pemulihan pokok-pokok getah yang diserang penyakit.


Sebagai langkah alternatif, beliau mencadangkan agar kayu getah digunakan sebagai bahan utama dalam pengeluaran perabot berkualiti, memandangkan pengeluaran balak negara kini semakin berkurangan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page