Pengerusi Eksekutif SKM adakan lawatan kerja di Kadamaian
Wartawan Nabalu News

9 Sept 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar mengadakan lawatan kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian bagi melihat perkembangan beberapa koperasi di sini.
Rusli dan rombongan SKM tiba di Pejabat Perhubungan Khidmat Adun Kadamaian pada pukul 9 pagi dan disambut oleh pegawai pejabatt itu.
Beliau melawat Koperasi Kemajuan Komuniti Sayap Berhad (Belia) dan Koperasi Usahawan Wanita Sayap Berhad (Pra-Pendaftaran), serta dua buah sekolah menengah yang mempunyai koperasi sekolah, iaitu SMK Tambulion dan SMK Narinang.

Rusli kemudian mengadakan sesi dialog bersama penduduk, usahawan belia dan wanita di pejabat pentadbiran Komuniti Sayap
Beliau juga meninjau cadangan tapak tandas komuniti di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dicadangkan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan asas kepada penduduk setempat.
Selain itu, Rusli turut melawat beberapa premis koperasi yang baru didaftarkan atau sedang dalam proses pendaftaran, antaranya Koperasi Usahawan Wanita Sayap Berhad (Pra-Pendaftaran) dan Koperasi Kemajuan Komuniti Sayap Berhad (Belia).

Seterusnya beliau menyampaikan simbolik penyerahan Sijil Daftar Koperasi kepada Koperasi Kemajuan Komuniti Sayap Berhad (Belia).
Sebelum menamatkan lawatan kerjanya, Rusli sempat beramah mesra dengan peniaga-peniaga di Tamu Badi Melangkap, sebuah pasar tradisional yang menjual pelbagai barangan tempatan.
Turut serta dalam program tersebut adalah PTTK II, Dr. Rizoh Bosorong dan KPP ADUN Kadamaian Carlye Lajimin.
Comments