top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengguna FB buat hantaran perkauman, PISAAN gesa SKMM, Polis siasat



10 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PITAS: Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook yang membuat hantaran berbaur perkauman.


Presiden PISAAN, Richard Mazagi berkata hantaran Facebook yang tular pada awal minggu ini adalah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan keresahan kaum terutamanya etnik orang asal di negeri ini.


“Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna Facebook ini yang mengaibkan banyak etnik di Sabah, yang mana hantaran dan komen beliau dalam media sosial telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.


“Kenyataan berbaur perkauman di media sosial perlulah diambil tindakan agar tidak menjejaskan keharmonian negeri kita yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Richard yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Etnik-Etnik Pitas berkata pihak berkuasa perlu menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku agar dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak.


Walaupun pengguna Facebook berkenaan tidak dapat dikenal pasti pemilik sebenar, Richard percaya pihak berkuasa mempunyai kepakaran untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.


header.all-comments


bottom of page