top of page

Pengurusan sisa pepejal moden, keluarkan tenaga baharu perlu dibangun di Sabah - Ewon

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 22, 2024
  • 1 min read


22 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, pengurusan sisa pepejal secara moden di Kayu Madang Telipok perlu dimodenkan.


Beliau berkata, pengurusan sisa pepejal boleh dibangunkan menggunakan teknologi tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).


“Pembangunan "Greater Kota Kinabalu" daripada Tuaran sehingga ke Papar semakin pesat terutama sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan komersial. Sudah tentu pengurusan sisa pepejal perlu ditangani dengan lebih baik.


“Dalam hubungan ini, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada Kerajaan Sabah, apakah perancangan untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang pada masa ini termasuk rancangan membangunkan teknologi tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) melalui aktiviti pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang?


“Saya juga ingin mengetahui samada Kerajaan Sabah mempunyai rancangan pembinaan pusat pengurusan sisa pepejal moden di daerah-daerah lain yang boleh mengeluarkan renewable energy sesuai dengan hasrat kita untuk membangunkan industri tenaga baharu serta pengurusan alam sekitar yang lebih mapan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Mengenai tuntutan hasil Sabah, Ewon berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Sabah menuntut hasil yang lebih besar seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112C&D Perlembagaan Persekutuan serta provisi-provisi lain.


“Kita memerlukan hasil-hasil ini bagi membangunkan ekonomi, infrastruktur dan menoktahkan kemiskinan tegar kita di Sabah.


“Saya setuju proses tuntutan ini perlu dimulakan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi semua kita di Dewan ini, dalam platform masing-masing, mempunyai peranan dan harus saling melengkapi antara satu sama lain.


“Sebab itu saya mencadangkan agar perkongsian maklumat dapat diperkasakan agar semua dapat menggunakan platform yang ada untuk menuntut hak-hak kita terutama melibatkan pemberian semula hasil daripada Sabah,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page