top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengusaha kantin sekolah wajib masak di dapur kantin, bukan di luar


17 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pengusaha kantin sekolah diwajibkan untuk menyediakan makanan bermasak di kantin sekolah mengikut Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah yang ditandatangani dengan pihak sekolah.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengusaha kantin juga perlu mematuhi segala arahan yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.


Beliau berkata, perkara ini penting untuk menjamin kebajikan dan kesihatan murid berdasarkan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat (2011).


“Sekiranya pengusaha kantin didapati tidak memasak makanan di dapur kantin sekolah tersebut tanpa sebarang alasan yang munasabah, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid hendaklah berbincang dan memberi nasihat kepada pengusaha kantin, mengambil tindakan berdasarkan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah,” katanya dalam pertanyaan bukan lisan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.


Beliau menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai pendirian KPM terhadap pengusaha kantin yang memasak di luar walaupun terdapat kemudahan dapur sekolah berkenaan.


Menurut Fadhlina, Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah adalah satu dokumen perundangan yang mengikat kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Malaysia dan pengusaha kantin.


Beliau berkata, perjanjian itu antara lain menetapkan syarat-syarat seperti jenis makanan dan minuman yang boleh dijual, harga makanan dan minuman, masa operasi kantin, kebersihan kantin dan pematuhan kepada undang-undang berkaitan¹.


Comments


bottom of page