PENIAGA MINTA KERAJAAN BENARKAN PASAR SAYUR KUDAT DIBUKA
- nabalunews
- Nov 9, 2020
- 1 min read

9 Nov 2020
KUDAT: Peniaga Pasar Sayur Kudat merayu agar kerajaan membenarkan pasar berkenaan beroperasi semula.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor Ben Chong berkata, ramai peniaga dari kalangan penduduk di sini mahu pasar berkenaan dibuka agar mereka mampu menjana pendapatan khususnya yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Para peniaga tidak dapat jalankan aktiviti perniagaan sedangkan mereka mempunyai beban kewangan yang perlu ditanggung.
"Hutang, sewa dan kos harian selain perbelanjaan harian keluarga masih perlu ditanggung dan kini semakin meruncing," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ben Chong berkata, para peniaga berharap kerajaan Sabah boleh bertimbang rasa kepada masalah rakyat bawahan.
"Di sinilah kita dapat melihat mengapa rakyat sangat memerlukan pengeluaran wang KWSP RM10,000 dan pelanjutan moratorium dilaksanakan untuk semua bukan hanya bersasar kepada segelintir rakyat sahaja," katanya. - Utusan Borneo















Comments