Peningkatan kes Covid-19 di Sabah hari ini sudah dijangka
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Peningkatan kes Covid-19 di Sabah hari ini sudah dijangka


9 Mei 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 38 kes, meningkat sembilan kes berbanding semalam. Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata peningkatan itu telah ramalkan, dimana kes jangkitan harian akan bertambah semasa sambutan perayaan Aidilfitri dan Kaamatan. Bagaimanapun katanya, pertambahan kes hari ini masih dianggap rendah dan terkawal. “Malah jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah sama iaitu masing-masing sembilan daerah. “Jumlah daerah dengan catatan yang sama seperti semalam juga kekal sembilan daerah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, Kota Kinabalu kembali mencatatkan jangkitan harian dua angka dengan 19 kes (+10). “Peningkatan kes di Kota Kinabalu menjadi faktor utama yang mempengaruhi lonjakan angka kes baharu Negeri Sabah hari ini,” katanya. Sementara itu, 10 daerah mencatatkan kes satu angka dengan enam daripada daerah tersebut hanya mencatatkan satu kes. “Tidak ada kes baharu dilaporkan di 16 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu. “Seramai 33 daripada 38 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua pesakit dalam Kategori 3, dua pesakit dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5,” katanya.


Jelas Masidi, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 105 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 363,537 orang.


Manakala 130 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 129 orang di hospital dan satu (1) orang di fasiliti swasta.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah enam (6) orang iaitu di ICU/repurposed kritikal care dan dua (2) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page