Peningkatan kes Covid mungkin berpunca daripada varian baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Peningkatan kes Covid mungkin berpunca daripada varian baharu


Gambar Hiasan

24 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Trend peningkatan kes positif baharu Covid-19 dijangka berterusan di seluruh negara, kemungkinan satu lagi ‘gelombang’ jangkitan Covid yang berpunca daripada varian baharu yang belum diketahui.


Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, buat masa ini ia sekadar satu andaian sehingga siasatan dan penyelidikan lanjut dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Aktiviti sosial tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga berpotensi untuk mencetuskan angka yang lebih tinggi.


“Pada hari ini jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah sebanyak 170 kes, meningkat 33 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 374,036 kes.


“Peningkatan kes baharu secara berterusan ini gambaran trend yang sama di peringkat nasional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini 164 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2, terdapat tiga kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.


Masidi berkata, sebanyak 10 daerah yang sebelum ini ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu mencatatkan kes baharu hari ini.


“Beaufort mencatatkan pertambahan tertinggi (+9 kes). Hanya tiga daerah yang kembali merekodkan catatan sifar kes iaitu Pitas, Tongod dan Ranau.


“Manakala daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berkurangan daripada 16 daerah kelmarin kepada hanya sembilan daerah pada hari ini,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page