Peningkatan kes sporadik di Sabah membimbangkan: MasidiPeningkatan kes sporadik di Sabah membimbangkan: Masidi
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Peningkatan kes sporadik di Sabah membimbangkan: Masidi


22 Okt 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkaan kes-kes sporadik iaitu pembawa virus tidak diketahui dan tempat jangkitan tidak dapat dipastikan amat membimbangkan.

Katanya, kes-kes melalui Saringan Bergejala (sporadik) semakin bertambah dan hari ini 265 kes atau 41.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah sporadic. “Ini satu isyarat kepada masyarakat agar melipatgandakan usaha menjaga kesihatan diri serta mematuhi semua SOP. Setiap daripada kita sudah menjadi ‘frontliners’. “Lazimnya kes-kes sporadik berlaku di tempat awam atau khalayak ramai dan kelalalaian mengutamakan pematuhan SOP. “Perlu diperingatkan bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100 peratus daripada jangkitan. Malah tidak ada vaksin untuk apapun penyakit yang memberi jaminan kekebalan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, ramai individu yang telah memperolehi vaksin lengkap dijangkiti virus COVID-19. “Cuma hampir keseluruhan mereka ini hanya mengalami gejala ringan ataupun tidak mengalami sebarang symptom,” katanya. Beliau berkata, ini menggambarkan ramai diantara mereka sudah lalai tidak mematuhi SOP dengan andaian vaksin memberi perlindungan sepenuhnya daripada jangkitan. “Sebagai ingatan mereka yang sudah memperolehi vaksin tidak terkecuali daripada mematuhi semua SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan.,” katanya. Masidi turut mengingatkan semua JPKK, Ketua Kampung dan pemimpin-pemimpin akar umbi lain supaya membantu kerajaan memastikan semua penduduk mematuhi SOP di kampung masing-masing.

bottom of page