top of page
Wartawan Nabalu News

Penipuan talian dalam FB dan IG rugikan rakyat RM302 juta dalam setengah tahun


10 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Platform media sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG) menjadi sarang penipuan dalam talian yang merugikan rakyat Malaysia sebanyak RM302 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata daripada jumlah itu, RM232 juta adalah kerugian akibat penipuan yang menggunakan platform FB, manakala RM70 juta adalah kerugian akibat penipuan yang menggunakan platform IG.


Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta, syarikat induk FB dan IG, untuk menekankan bahawa isu penipuan ini adalah serius dan memerlukan tindakan segera.


"Kami juga telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) jadi kami memang hendak buktikan bahawa masalah penipuan ini yang mengguna pakai platform mereka memang isu yang serius.


"Kita juga sudah hantar satu mesej yang sangat jelas kepada wakil mereka (Meta) semasa perjumpaan baru-baru ini, dan mereka (Meta) berjanji untuk menambah baik usaha daripada segi ini dan kita nampak usaha ini supaya isu scammer ini tidak menjadi berleluasa," katanya.


Beliau juga menasihati pengguna media sosial supaya lebih peka dan bijak dalam menggunakan platform tersebut untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.


Teo menyeru para pengguna media sosial untuk lebih peka dan menjadi digital literasi atau kebijaksanaan digital untuk mengenal pasti tanda-tanda penipuan dalam talian dan tidak mudah tertipu dengan tawaran-tawaran yang tidak masuk akal atau menyalahi undang-undang.


Comments


bottom of page