Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Disyaki Pecah Amanah Kira-kira RM303,000
- nabalunews
- Sep 3
- 1 min read

3 September 2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu, masing-masing penjawat awam dan seorang pesara kerajaan selepas disyaki pecah amanah berjumlah RM 303,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an.
Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Lahad Datu.
“Kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar Julai 2020 sehingga Februari 2021 semasa bertugas di sebuah agensi kerajaan di negeri ini (Sabah).
“Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan harta iaitu lapan set baucar bayaran kepada buruh asing berjumlah kira-kira RM303,000 sedangkan buruh asing tersebut tidak menerima bayaran tersebut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.


















Comments