top of page

Penjawat awam Sabah sambut baik pelarasan gaji diumum PM

  • nabalunews
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read

16 Ogos 2024


KOTA KINABALU : Warga penjawat awam di Sabah menyambut baik amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) “Perkhidmatan Awam Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.


Menurut laporan Buletin TV3, rata-rata mereka yang ditemui berkata pengumuman Perdana Menteri itu memberikan motivasi untuk penjawat bekerja lebih keras dan berintegriti selepas 12 tahun penantian pelarasaan baharu itu.


Chelsie Feeley Bachee, 27, seorang penjawat awam yang ditemui berkata walaupun pelarasaan itu akan diteliti di peringkat Kerajaan Negeri Sabah selepas Belanjawan 2025 Oktober depan, harapan beliau agar penjawat awam di seluruh negara mengaplikasikan sebaik mungkin konsep ‘Perkhidmatan Awam Madani’ dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat.


Izamri Rosman, 27, pula berharap semua penjawat awam di negeri itu dapat menggalas tanggungjawab sebagai penjawat yang berintegriti dan berkhidmat lebih maju selaras dengan pelan pembangunan negeri “Sabah Maju Jaya”.


Mei lalu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata penjawat awam negeri Sabah bakal menikmati kenaikan gaji yang akan diselaraskan seiring dengan rakan mereka di peringkat Persekutuan.


Bagaimananpun, beliau berkata Kerajaan Negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini, sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page