top of page

Pentadbiran Balai Polis Tenom berpindah sementara ke bangunan IPD Tenom

nabalunews

19 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Pentadbiran Balai Polis Tenom berpindah sementara ke bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, susulan bumbung balai polis berkenaan

rosak teruk diterbangkan angin kencang, Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Polis Ediansha Edal berkata, berikutan kerosakan itu operasi pentadbiran Balai Polis Tenom dihentikan buat sementara waktu.


"Orang ramai yang ingin membuat sebarang urusan dengan balai diminta hadir ke IPD Tenom, di Jalan Bunut Tenom" katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.


Pada Selasa, bumbung Balai Polis Tenom musnah diterbangkan angin kencang kira-kira jam 4 petang.


Berikutan kejadian itu banyak peralatan dalam balai itu mengalami kerosakan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page