top of page

Penunggang motosikal maut dirempuh

  • nabalunews
  • Jun 17, 2025
  • 1 min read

17 Jun 2025


PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo, Kampung Kiranau, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, mangsa warga asing berusia 41 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah motosikal.

Katanya, kereta berkenaan dipandu oleh seorang wanita tempat berusia 26 tahun yang bergerak dari arah Inobong menuju ke Kota Kinabalu.


"Ketika melalui Jalan Pan Borneo, Kampung Kiranau yang masih dalam pembinaan, pemandu Perodua Bezza itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang motosikal mangsa.


“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir membantu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.


Katanya, polis turut menahan pemandu kereta di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan polis meminta saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.


“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133," katanya.


Sementara itu, Sammy menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.


Katanya, masyarakat juga diminta supaya tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page