Penutupan sementara tempat letak kereta sempena Sabah Fest
- nabalunews
- Aug 29
- 1 min read

29 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan tempat letak kereta sekitar bandaraya akan ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi laluan kepada penganjuran Sabah Fest 2025.
Menurut notis makluman Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), penutupan kawasan tempat letak kereta terbabit telah mula ditutup sementara sejak Rabu sehingga Ahad ini.
“Antara yang ditutup adalah tempat letak kereta di Jalan Pantai bermula 2 petang pada Rabu sehingga 2 petang pada Ahad bagi tujuan penyimpanan set penjana kuasa.
“Selain itu, tempat letak kereta di Lorong Api-Api, Jalan Gaya turut ditutup bermula jam 2 petang pada Jumaat sehingga 10 malam pada Sabtu bagi dijadikan kawasan parkir khas,” menurut notis makluman itu.
Menurut DBKK, Jalan Gaya turut akan ditutup bagi tujuan menurunkan tetamu kehormat pada Sabtu bermula jam 2 petang sehingga 10 malam.
DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh berkenaan.
Sabah Fest 2025 yang akan berlangsung dari 30 Ogos sehingga 28 September depan dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang sebulan penganjurannya.
Festival kebudayaan anjuran Lembaga Pelancongan Sabah itu menjadi platform penting dalam menampilkan kepelbagaian seni serta warisan budaya negeri dalam suasana perpaduan.


















Comments