Penutupan stesen minyak Shell di Sabah dan Labuan: KM akan jumpa pihak syarikat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penutupan stesen minyak Shell di Sabah dan Labuan: KM akan jumpa pihak syarikat


24 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Nasib 35 stesen minyak Shell di Sabah dan Labuan yang bakal ditutup awal tahun depan akan dibincangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dengan pihak Shell Malaysia.


Beliau berkata, beliau akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi dan implikasi penutupan stesen minyak tersebut terhadap pengusaha dan pekerja yang terlibat.


"Saya sedar situasi itu dan akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi dan nasib pengusaha stesen minyak yang terlibat di Sabah dan Labuan," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, kerajaan negeri akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh meminimumkan kesan negatif daripada penutupan stesen minyak tersebut kepada rakyat Sabah dan Labuan.


Shell Timur Sdn. Bhd., yang mengendalikan kiosk Shell di Sabah dan Labuan telah mengesahkan bahawa ia akan menutup beberapa stesen minyak yang kurang produktif di Malaysia Timur sebagai sebahagian daripada semakan prestasi syarikat.


Stesen minyak yang terlibat ialah 10 di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan dan masing-masing satu di Likas, Telipok dan Kuala Penyu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page