top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penyakit AGE boleh sebabkan kematian kanak-kanak

5 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diingatkan supaya lebih mementingkan kebersihan diri anak-anak mereka.


Ini kerana, menurut pakar perubatan, jangkitan penyakit Gastroenteritis (AGE) boleh membawa kepada kematian, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun dan perkembangan usus yang belum matang.


Dr Emilina Tan Pei Tzu, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Kinarut, berkata walaupun AGE boleh dirawat, namun ia boleh membawa komplikasi serius jika tidak ditangani dengan betul.


"Satu lagi kumpulan berisiko, adalah kumpulan yang mempunyai imuniti badan yang sangat rendah , orang yang berusia, atau pun kepada macam pesakit-pesakit HIV, pesakit-pesakit yang telah menerima kemoterapi yang mana sistem imun mereka sangat rendah, ada juga setengah pesakit diabetes ataupun pesakit jantung atau buah pinggang ada risiko tinggi," katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam segmen Kita Cerita #KitaKongsi di Konti SABAHfm di sini baru-baru ini.


AGE boleh tersebar melalui makanan dan peralatan yang tercemar, kontak rapat selain gagal mengamalkan kebersihan diri.


Antara simptom AGE adalah muntah, cirit birit, loya, demam, sakit badan, lesu serta hilang selera makanan.


Pesakit AGE boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan air sekiranya tidak memerlukan rawatan, rehidrasi, dan pengambilan antibiotik.


Pada 22 Jun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan seramai 82 penduduk di daerah Tawau dijangkiti AGE.



Comments


bottom of page