top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penyanyi kelahiran Tambunan Elica Paujin juara Big Stage 2022


28 March 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran dari Sabah Elica Paujin, 23, dinobatkan sebagai juara Big Stage 2022 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. Elica yang berasal daripada Tambunan itu juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Dalam persembahannya semalam, beliau memperolehi markah 78.9 daripada juri dan markah undian penonton. Elica mempersembahkan lagu Cinta (Marsha Milan) dan lagu Believer (Justin Bieber) duet bersama Hael Husaini. Sementara itu, naib juara pula disandang oleh penyanyi Daniel Chuer yang juga berasal dari Sabah, membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Penyanyi Aisha Retno merangkul tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi. Manakala, tempat keempat dirangkul penyanyi Yazmin Aziz dan Tegar Septian pula hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima. Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000. Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai, dan Aliff Aziz.

Comments


bottom of page