top of page

Penyelidik Muda UMS Menang Anugerah Kebangsaan Sains & Teknologi

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read


ree

7 November 2025


PUTRAJAYA: Penyelidik muda Universiti Malaysia Sabah (UMS), ChM. Dr. Ng Chi Huey, mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai penerima Excellence in Outstanding Early Career Research Award (Science & Technology) sempena Malaysian Scopus Research Star Award 2025 yang berlangsung di Hotel Everly, di sini pada Khamis.


Pensyarah dari Program Minyak dan Gas, Fakulti Kejuruteraan UMS itu menerima sumbangan RM2,000 daripada Elsevier sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan beliau dalam penyelidikan dan inovasi di peringkat awal kerjaya akademik.


Dr. Ng kini mengetuai projek penyelidikan bernilai RM1 juta yang dibiayai oleh PETRONAS, berfokus kepada penghasilan hidrogen daripada air melalui teknologi pemangkin (catalyst splitting) iaitu satu inovasi strategik yang menyokong aspirasi negara ke arah tenaga bersih dan mampan.


Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, pencapaian Dr. Ng membuktikan kemampuan penyelidik muda UMS untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


“UMS amat berbangga dengan kejayaan Dr. Ng yang memperkukuh reputasi universiti dalam bidang tenaga baharu dan teknologi hijau.


“Ini mencerminkan komitmen UMS dalam melahirkan penyelidik muda yang berpotensi tinggi dan berimpak kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Majlis anugerah berprestij itu dianjurkan oleh Elsevier dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengiktiraf penyelidik Malaysia yang menunjukkan pencapaian cemerlang berdasarkan data sitasi Scopus.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page