top of page

PEPERIKSAAN SPM 2021 DILAKSANAKAN PADA 2022 - RADZI

  • nabalunews
  • Jun 6, 2021
  • 1 min read

Gambar fail

6 Jun 2021


PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.


Beliau berkata ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.


Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu setelah mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.


"Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020," katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page