top of page

Peperiksaan SPMU bermula 15 Julai ini

  • nabalunews
  • Jul 12
  • 1 min read

ree

 12 Julai 2025


KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 15, 16 dan 17 Julai ini.


Kementerian Pendidikan (KPM), dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan itu melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.


Menurut KPM, seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2025 di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.


"Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.


"Jadual waktu peperiksaan SPMU Tahun 2025 boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my,” menurut kenyataan itu.


KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.


Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my.


"Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU Tahun 2025," katanya.


Dalam pada itu katanya, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai 1,454 petugas peperiksaan dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu, manakala 1,202 petugas untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page