top of page

Peranan PUSPANITA dihargai

  • nabalunews
  • Jul 27, 2025
  • 1 min read

Fui Fui dan yang lain pada program itu
Fui Fui dan yang lain pada program itu

27 Julai 2025


SANDAKAN: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) sejak dahulu memainkan peranan penting dalam memartabatkan peranan wanita.


Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd yang juga Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Liau Fui Fui berkata, sumbangan mereka bukan saja dalam sektor perkhidmatan awam, malah sebagai tulang belakang kepada keharmonian keluarga dan kemajuan masyarakat. 


"Wanita hari ini juga bukan lagi sekadar pelengkap, tetapi pemangkin perubahan, pemimpin komuniti dan penggerak pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga PUSPANITA Cawangan Sandakan di Padang Bandaran Sandakan pada Ahad.


Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Daerah Sandakan, Ivy Wong, Pengerusi Bersama Program Hari Keluarga PUSPANITA 2025, Ramsah Mohd Taha, Habibah Abdullah dan Joresah Lam Abdullah serta ahli jawatankuasa Induk dan yang lain.


Liau berkata, program seperti ini menjadi ruang yang sangat baik untuk merapatkan hubungan antara ahli dan keluarga, sambil memupuk nilai gaya hidup sihat dan aktif melalui jogathon, sukaneka dan senamrobik. 


"Lebih membanggakan, semua ini dianjur dan digerakkan oleh tenaga wanita hebat PUSPANITA." Jelasnya.


'Saya dapat melihat keakraban dan semangat kekeluargaan kalangan ahli,” katanya.


Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Ivy selaku pengerusi PUSPANITA Sandakan yang berjaya memberi semangat dan galakan kepada ahli jawatankuasa mengadakan program hebat ini. 


"Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada jawatankuasa kecil yang berjaya menganjurkan program seumpama ini kerana yang jelas program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli." Katanya.


Beliau juga berharap agar PUSPANITA akan terus mengadakan pelbagai lagi, saling bekerjasama dan mempereratkan lagi hubungan sesama ahli yang juga tanggungjawab setiap ahlinya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page