top of page

Peratusan vaksinasi Sabah terendah di Malaysia

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Aug 25, 2021
  • 1 min read

25 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Sabah masih merekodkan kadar peratusan vaksinasi terendah bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) iaitu 31.4 peratus setakat semalam (24 Ogos) berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.


Ia diikuti Kelantan yang mencatatkan 37.6 peratus, Kedah 38.3 peratus, Johor pada kadar 38.8 peratus, Perak (41.4 peratus), Pahang (42.7 peratus), Terengganu (42.8 peratus), Melaka (46.8 peratus) dan Pulau Pinang (47.1 peratus).


Ia diikuti Kelantan yang mencatatkan 37.6 peratus, Kedah 38.3 peratus, Johor pada kadar 38.8 peratus, Perak (41.4 peratus), Pahang (42.7 peratus), Terengganu (42.8 peratus), Melaka (46.8 peratus) dan Pulau .Pinang (47.1 peratus).


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata di sekuruh Malaysia, jumlah kadar vaksinasi lengkap adalah berjumlah 13,315,744 juta individu iaitu 56.9 peratus daripada kalangan populasi dewasa.


"Seluruh rakyat diingatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalkan kawalan kendiri demi menjaga keselamatan diri dan keluarga.


"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Agensi-Agensi Penguatkuasaan yang lain juga akan mempertingkatkan kawalan daripada segi sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas negeri sekaligus mengekang penularan jangkitan Covid-19 di seluruh negara," katanya.


Sabah merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi setakat semalam (24 Ogos) iaitu sebanyak 3,376 kes direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 127,806 kes.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page