Pergerakan ikut kapasiti penuh kenderaan, sukan rekreasi air dibenarkan

3 September 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Pergerakan individu dari rumah yang sama dan golongan dewasa yang telah melengkapkan dos vaksinasi dibenarkan keluar berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sukan rekreasi air termasuk renang, snorkeling, kayak, jet skiing, sea walking dan scuba diving juga dibenarkan untuk beroperasi dengan syarat telah memperoleh vaksinasi lengkap dan pematuhan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter. “Bagi pengusaha premis restoran, mereka kini dibenarkan untuk meletakkan meja di ruang legar/kaki lima restoran mereka yang telah mula berkuatkuasa sejak 2 September 2021 lepas. “Dengan syarat sudah menyewa tapak berkenaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tertakluk kepada SOP semasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Comments