top of page

Perhentian Kembara Merdeka Jalur Gemilang di kawasan luar bandar perlu diperbanyakkan

  • nabalunews
  • Aug 21, 2024
  • 1 min read

21 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


BELURAN: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri, menyarankan lebih banyak perhentian bagi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMGJ) melibatkan kawasan luar bandar di negeri ini menerusi penganjurannya pada masa hadapan.


Katanya KMGJ yang juga program tahunan anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) dilihat sangat bertepatan dalam memyemarakkan lagi semangat cintakan negara menerusi dasar dan maklumat yang disampaikan selain aktiviti bersama masyarakat sekitar.


Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk berkata demikian pada sidang media sejurus menyempurnakan pelepasan konvoi KMGJ 2024 di Tapak Tamu Beluran di sini, hari ini.


Juga berlangsung penyerahan watikah komuniti kepada enam penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk dan DUN Sugut oleh Pengarah Japen Sabah yang juga Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Negeri Sabah 2024, Jainisah Mohd Noor.


Kembara itu tiba di Beluran pada Rabu selepas siri perhentian di Sandakan pada Selasa sebelum perjalanan mereka diteruskan ke daerah Telupid.


Di mercu tanda Beluran, Samad dan Jainisah juga menyaksikan pemasangan bendera di kenderaan polis selain ke Bukit Buludan dan memacak jalur gemilang serta bendera Sabah di bukit itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page