PERKHIDMATAN JPJ CAWANGAN KUDAT DITUTUP BERMULA HARI INI
- nabalunews
- Nov 3, 2020
- 1 min read

3 Nov 2020
KOTA KINABALU: Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah cawangan Kudat ditutup kepada orang ramai bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja proses sanitasi mencegah COVID-19 di pejabat berkenaan dilakukan.
"Penutupan itu berkuat kuasa hari ini, Selasa (3 Nov) sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan JPJ di sini, hari ini.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes baharu di Sabah sebanyak 503 kes, menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 16,195 kes.
Daripada jumlah itu, daerah Kudat mencatatkan penambahan lima kes menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif di Kudat ialah 353 kes dan merekodkan tiga kluster iaitu Basung, Inai serta Kapor. – Bernama















Great breakdown of how businesses are reshaping customer experience in practical, realistic ways. The examples made the future feel https://mantecadentistry.com/ tangible rather than abstract, and it echoed a CX discussion I recently came across on a review blog.