top of page

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DITUTUP SEPANJANG PKP

  • nabalunews
  • Jan 12, 2021
  • 1 min read

12 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ditutup kepada pengunjung mulai esok hingga 26 Jan depan.

Ketua Pengarah PNM Maizan Ismail berkata penutupan itu seiring pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, bermula esok sehingga 26 Jan.

Bagaimanapun katanya orang awam masih boleh mendapatkan 52.9 juta bahan bacaan digital menerusi perkhidmatan u-Pustaka dengan melayari www.u-pustaka.gov.my. “PNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page