top of page

PERKHIDMATAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLIMENTARI DIBENAR BEROPERASI: MASIDI

Wartawan Nabalu News


8 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari termasuk fasiliti

pengamal pengubatan Islam adalah dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Kesihatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara perkara yang ditetapkan ialah petugas mesti sentiasa memakai alat perlindungan diri apabila berurusan dengan pelanggan.


“Pelanggan wajib memakai pelitup muka, menjalani saringan suhu badan dan gejala di pintu masuk premis dan menggunakan Aplikasi MySejahtera atau secara manual.


“Setiap sesi perkhidmatan yang diberikan tidak boleh melebihi tempoh 1 jam. Perkhidmatan secara berpasangan atau berkumpulan adalah dilarang,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, minyak yang digunakan adalah khusus untuk seorang pelanggan dan tidak

boleh dikongsi dan pemakaian sarung tangan oleh pengamal juga adalah diwajibkan bagi sebarang perawatan dengan sentuhan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page