top of page

Perodua Axia langgar pembahagi jalan, mangsa OKU cedera ringan

  • nabalunews
  • Dec 13, 2024
  • 1 min read


ree

13 Disember 2024

 

PUTATAN: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 37 tahun cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia di Jalan Pan Borneo berhampiran pintu belakang Kem Lok Kawi, pagi tadi. 

 

Menurut Komander Operasi, PBK II Marvin Domingo dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 pagi dan tiba di lokasi pada jam 7.17 pagi bersama enam anggota. 

 

“Kenderaan Perodua Axia tersebut terbabas sendiri melanggar pembahagi jalan. Mangsa yang berada di dalam kenderaan berjaya keluar sendiri sebelum pasukan bomba tiba,” kata Marvin. 

 

Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Kinarut untuk rawatan lanjut. Pasukan bomba turut mengawal lalu lintas dan membersihkan kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan. 

 

Operasi tamat pada jam 7.25 pagi setelah memastikan tiada bahaya di lokasi. 

 

 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page