Persatuan perfileman dan keatif Sabah sambut baik seruan Ketua Menteri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Persatuan perfileman dan keatif Sabah sambut baik seruan Ketua Menteri


Dari kiri: Datuk Deddy M.Borhan, Norsahar Ahmad dan Chua.

3 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.


Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) Datuk Deddy M.Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh para penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey.


"Tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali menteri bertanggungjawab bertukar.


"Dengan adanya perhatian daripada Kerajaan negeri, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Norsahar Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.


Beliau berkata, Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan pelbagai etnik yang semakin ditelan zaman dan belum didokumentasikan.


Selaku Presiden PROFIT, beliau turut mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus.


"Sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan Ketua Menteri.


"Seperti sedia maklum, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin banyak dan mampu menghasilkan karya berkualiti bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM," katanya.

Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.


Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM.


Beliau berkata, kerancakkan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni dibelakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page