Persatuan Zandi Tavanus Sabah Turun Padang Bantu Mangsa Kebakaran
- nabalunews
- Feb 25
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
25 Februari 2026
KOTA BELUD: Persatuan Zandi Tavanus Sabah menghulurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Melangkap Kapa sabtu lalu Kota Belud, sebagai tanda solidariti terhadap komuniti yang ditimpa musibah.
Pengerusi persatuan, Lelyvia Mawid, bersama Exco Cecilia Riymente dan ahli Anita Gani, turun padang sendiri untuk menyerahkan bantuan secara langsung kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua kampung Melangkap Kapa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Melangkap Tiong bagi memastikan agihan sampai kepada keluarga terjejas.
Pelbagai barangan keperluan disalurkan termasuk beras, air mineral, lampin pakai buang, susu tepung, botol susu, selimut, tuala, biskut serta pakaian terpakai. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan persatuan dalam meringankan beban komunitas yang memerlukan.

Lelyvia turut menyampaikan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang dan ahli yang terlibat dalam menjayakan misi berkenaan.

"Sebagai Pengerusi, saya berharap agar kita terus bersatu hati, berganding bahu dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dan menaikkan nama persatuan. Semoga kita terus menjadi jambatan kebaikan kepada masyarakat," ujarnya.















Comments