top of page

Persediaan Sabah jadi tuan ATE 2025 berjalan lancar

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 2 min read

Tan (berdiri di kanan) sedang memberi taklimat mengenai ATE 2025 kepada  Christina  (duduk di kiri)
Tan (berdiri di kanan) sedang memberi taklimat mengenai ATE 2025 kepada Christina (duduk di kiri)

3 Mei 2025


KOTA KINABALU: Persediaan untuk Sabah menjadi tuan rumah Pertukaran Perjalanan ASEAN (ATE) 2025 yang akan diadakan pada 19 dan 20 Jun ini berjalan lancar.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, ATE 2025 merupakan acara rangkaian Perniagaan ke Perniagaan (B2B) terulung di Sabah, menghubungkan penjual perdagangan pelancongan dan pembeli serantau untuk memupuk perkongsian dan kerjasama.


"Acara pelancongan mega julung kali ini akan dianjurkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.


Christina berkata, KePKAS menyokong cadangan empat organisasi mewujudkan perkongsian strategik dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam penganjuran ATE 2025.


Mereka terdiri Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), Gabungan Persatuan Pengembaraan ASEAN (FATA), Persatuan Ejen Pengembaraan & Pelancongan Malaysia (MATTA dan Kumpulan AirAsia.


ASEAN dianggotai 10 negara tediri Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Sasaran pengunjung untuk ATE 2025 terdiri daripada pengendali pelancongan, ejen pelancongan, pengusaha hotel, pengendali inap desa, pemilik produk dan pembuat keputusan daripada pihak berkepentingan industri .


"Saya telah dimaklumkan oleh Presiden FATA Datuk Tan Kok Liang bahawa 354 perwakilan dari 17 negara telah pun mengesahkan penyertaan mereka. Terdiri daripada 125 penjual dan 229 pembeli," kata Christina selepas menerima kunjungan hormat delegasi penganjur ATE 2025, baru-baru ini.


Sementara itu, Menurut Tan, negara penjual termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei dan Kemboja, dengan Malaysia mendahului senarai 88 penjual.


"Di pihak pembeli, negara utama yang mengambil bahagian termasuk Filipina, Indonesia, Malaysia, India, dan Thailand.


Kehadiran serantau yang kukuh ini menggariskan minat antarabangsa yang semakin meningkat dalam penawaran pelancongan Malaysia, khususnya di Sabah, yang terus mendapat tarikan sebagai hab pelancongan yang bertenaga dan strategik di rantau ini," kata Tan dalam taklimatnya kepada Christina.


Turut hadir Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Josie Lai, Presiden MATTA Nigel Wong, Pengerusi MATTA Sabah Mohd Azlan Saleh dan mantan Pengerusi MATTA Sabah, Lawrence Chin.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page