Persiapan Rapi PDM Pandan Mandamai: UPKO Kudat Bersedia Lancar Jentera Pilihan Raya
- nabalunews
- 6 days ago
- 2 min read

15 April 2025
KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya menerusi pelaksanaan Mesyuarat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pandan Mandamai, Bengkoka.
Mesyuarat yang berlangsung di kediaman Joseph Bonduk, Penyelaras 3 PDM merangkumi PDM Pandan Mandamai, PDM Dandun dan PDM Pinapak.
Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pelancaran Jentera Pilihan Raya UPKO PDM Pandan Mandamai yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei depan.
Pelancaran berkenaan bakal disempurnakan oleh Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing, sebagai simbol kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya yang kian hampir.
Ketua PDM Pandan Mandamai, Daniel Mosikul berkata, mesyuarat kali ini amat penting bagi memastikan semua peringkat jentera parti bersiap sedia.
Katanya, ia bukan saja dari aspek logistik, terapi juga dari aspek semangat juang dan komitmen anggota parti.
“Pelancaran jentera ini bukan sekadar majlis simbolik, sebaliknya ia adalah pemangkin semangat buat semua ketua cawangan, Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Wanita Cawangan serta generasi Muda (GEM) untuk bersama berjuang demi UPKO,” katanya semasa berucap dalam mesyuarat berkenaan, semalam.
Menurutnya, kerjasama semua pihak termasuk ahli-ahli akar umbi amat dihargai dalam memastikan kemenangan calon UPKO kelak.
“Kehadiran menyeluruh daripada Ketua-Ketua Cawangan serta para petugas jentera pilihan raya turut memperlihatkan kesatuan dan keutuhan parti dalam berdepan cabaran mendatang.
“Mesyuarat ini juga menjadi platform bagi menyelaras strategi kempen, memperkemas struktur organisasi di peringkat PDM, dan mengenal pasti keperluan logistik yang perlu disediakan sebelum hari pelancaran,” katanya.
Sementara itu, Joseph selaku penyelaras PDM menyatakan penghargaan atas komitmen semua pihak yang hadir pada mesyuarat berkenaan.
Katanya, apa yang penting adalah komunikasi berterusan antara cawangan dalam memastikan kelancaran semua program berkaitan pilihan raya.
“Dengan semangat kesepaduan yang ditunjukkan, UPKO PDM Pandan Mandamai dijangka tampil sebagai antara pasukan jentera pilihan raya yang paling bersedia dan teratur menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.
Tamat
Comments