Perspektif pergerakan Wanita Upko MalaysiaPerspektif pergerakan Wanita Upko Malaysia
top of page
  • nabalunews

Perspektif pergerakan Wanita Upko Malaysia



13 September 2021


Diskusi dalam webinar menyuarakan perspektif pergerakan Wanita Upko Malaysia (12 September 2021)


Sebagai seorang ibu & wanita, bagaimanakah rasanya seorang Wanita tersebut dapat membantu wanita yang lain dalam menhadapi ketidaktentuan dalam politik, ekonomi & tahap kesihatan?


1. Sebagai seorang ibu, sudah tentulah kita turut rasa simpati apa yang dialami oleh mereka yang memerlukan perhatian dalam masa keadaan pendemic ini. Contohnya; sumbngan Upko untuk membantu ibubpa & pesakit Talasimia bagi mendapatkan bekalan darah yang agak kritikal. Disamping itu, kami dapat menyumbang tenaga & memainkan peranan turut sama berinteraksi mesra baik dengan pemimpin politik kerajaan untuk lebih harmonies & keterbukaan dalam membantu Persatuan Talasimia & Jabatan Transfusi darah bagi menengani masalah bekalan darah.


2. Tentunya segelintir masyarakat tidak faham konsep & budaya Upko bekerja tetapi realtinya inilah cara kami untuk menampilkan diri sebagai rakan,sahabat yang boleh saling mendengar & memahami agar perbezaan politik itu sebagai check & balance tetapi usaha untuk bekerjsama, perlu diterapkn budaya hormat menghormati & bukan menimbulkan permusuhan.


3. Dari segi ekonomi,ramai wanita diluar sana terkesan akibat kebebasan pergerakn disekat dengan peraturan SOP. Sudah tentunya emosi mereka terganggu & stress, bagaimana memikirkan sumber kewangan saban hari. Maka, saya berserta rakan seperjuangan barisan Exco Wanita berusaha menjadi pendamping bual bicara agar mereka yang terkesan tekanan perasaan tidak menjadi teruk bagi mengelak kemurungan berlaku.


4. Kami barisan Exco Wanita telah menyuarakan 3 asas idea utama yang ditekankan dalam intipati 20 perkara Perjuangan Upko yang menjadi teras ke15 iaitu penglibatan Wanita sebagai pembuat keputusan, pemerkasaan institusi Mahkmah Anak Negeri berkaitan isu wanita & keluarga serta program pembiayaan Mikro Usahawan wanita.


5. Suara murni daripada Exco Wanita ini adalah cetusan kepimpinan ketua waniti Upko Pusat, Datin Juliana Jani sebagai aspirasi inovasi penjenamaan Upko yang lalu & moga 3 asas tersebut diangkat kedalam konsep khemah besar sebagai warga baru dalam Pakatan Harapan. Semoga juga rakan kepimpinan wanita PH dapat menerima kami sebaiknya.


6. Kami sedar bahawa corak kehidupan Kita tidak lagi normal, tidak lagi seperti dahulu; pergerakn tidak ada sekatan. Dengan itu, kita tidak ada pilihan harus menerima kehidupan norma baharu dalam keadaan endemic & harapan wanita, 3 asas suara wanita berkenaan dapat diimplemen secara progresif & disantuni baik dari masa ke semasa.


7. Jesteru itu, pendekatan perjuangan kami untuk kesejahteraan rakyat memang mencabar dalam masa yang kami barisan Exco Wanita sedar bahawa ramai wanita diluar sana perlu diambil perhatian yang serius.


8. Rasa tanggungjawab kami untuk sedaya upaya memahami keperluan & kaedah intervensi yang sesuai agar mengurangkan masalah psikologikal yang bakal timbul.


9. Kami tampilkan diri, fokus berani & ikhlas untuk mendengar suara dari golongan sasar yang terkesan & daif agar kelompok sasar berkenaan dapat dibantu tanpa mengira,agama & bangsa serta fahaman politik yang didukung oleh individu tersebut.


10. Sebagai warga baru dalam khemah besar PH, Exco Wanita akan cuba sedaya upaya yang mampu agar objektif perjuangan rakyat diambil perhatian & tindakan.


11. Walau pun bukan sebagai kerajaan pada ketika ini, bukan suatu halangan gerakan memberi sumbngan derma atau mengadakan kolaborasi dengan NGO serta individu yang berminat dengan kerja amal kebajikan masyarakat.


12. Khidmat tenaga sosial yang sesuai akan disusuri oleh gandingan pergerakn pemuda, wanita & generasi Muda yang diwakili para belia agar lebih proaktif mencapai ketepatan penjenamaan Upko dengan lebih kukuh.


13. Melihat perjuangan Upko wanita yang saya wakili diperingkat Bahagian pula titik pemula adalah apabila Daerah kami hanya berstatus Daerah kecil, ibarat anak bungsu yang ketinggalan dalam arus pembngunan. Kami berjuang bersuara bersama rakan sekomponen dalam Barisan Nasional ketika dulu, berganding suara ke hala tuju untuk seiring mencapai naik taraf tuntutan Daerah Penuh & pengwujudan DUN baharu. Namun, peredaran masa dengan keputusan kepimpinan pucuk pusat menyampaikn wadah perjuangan inklusif dibawah suasana kerajaan baharu dlm PH, Upko Bahagian Beluran meneruskan legasi bersuara menuntut diwujudkn DUN baharu bagi tujuan pengagihan peruntukan khas yang adil & terbela.


14. Diatas komitmen suara ahli Upko Bahagian yang sepakat dibawah kepimpinan ketua Bahagian Upko Beluran, Yang Berbahagia Tuan Felix Joseph mengalas tugas mengangkat perhatian tuntutan DUN keperingkat pucuk pimpinan pusat & akhirnya direalisasikn terima kasih Presiden Upko Malaysia Datuk Madius Tangau diatas segala kudrat tenaga bahawa impian kami warga Daerah Telupid menjadi nyata.


15. Saya akhiri diskusi webinar dengan kata-kata mutiara yang saya tuju kepada rakan seperjuangan Upko agar jangan putus asa, kita teruskn suara & bangkit menuju kehadapan. Impian wanita dimasa hadapan saya menarik perhatian kepada pucuk pimpinan agar dapat menilai & melihat kebolehan Exco Wanita Upko agar dapat diangkat sebagai calon pilihan supaya wadah perjuangan suara wanita Upko Malaysia dapat duduk sebaris sebgai pembuat dasar.


16. Jika selangkah mereka gerak ke depan maka Upko akan 10 langkah kehadapan & jika mereka mengambil 10 langkah, Upko akan terus 1000 langkah menuju ke hadapan. Terus melangkah. Demikian persektif saya sebagai seorang ibu, wanita, ahli Exco & ketua Wanita Bahagian. Sekian.


Fauziah Kudus

Naib Ketua Exco Wanita

& Ketua Wanita Upko Beluran.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page