top of page

Perspektif Sabah harus diambil kira dalam pembangunan Malaysia - UPKO

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 17, 2021
  • 3 min read

ree
Sesi forum UPKO yang bertajuk "Harapan Rakyat Melalui Pembentukan Persekutuan Malaysia" melalui aplikasi Clubhouse, baru-baru ini.

17 Sept 2021

Oleh Jacquline Ebit dan Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Perspektif negeri Sabah harus diambil kira ke arah pembangunan Malaysia yang lebih mampan, kata Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).


Menurut presidennya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, walaupun kelihatan ada kemajuan di Sabah, namun di Semenanjung, kemajuan itu adalah 10 kali ganda lebih baik berbanding Sabah.


"Oleh sebab itu, UPKO mengambil langkah untuk bersama dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar kita dapat menawarkan dan mewujudkan sebuah kerajaan yang baharu dengan dasar-dasar yang baharu di mana tidak ada lagi yang merasa tersisih," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai panelis sesi forum UPKO yang bertajuk "Harapan Rakyat Melalui Pembentukan Persekutuan Malaysia" melalui aplikasi Clubhouse, baru-baru ini.


Tambahnya, walaupun Malaysia kini sudah memasuki Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Sabah tetap masih terkebelakang kerana pendekatan-pendekatan yang dibuat dari segi perancangan itu tidak melihat Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada seluruh negara.


"Kita di Sabah menghadapi masalah kesihatan, pelaburan, pengangkutan, kewarganegaraan, kemisikinan, logistik, jalur lebar internet connectivity, masalah air, pendidikan, dan bermacam-macam lagi.


"Sekarang Keluaran Dalam Negara Kasar atau Gross Domestic Product (KDNK) di Malaysia sudah trillion ringgit dan sumbangan Sabah secara keseluruhannya kepada GDP Malaysia baru enam peratus walaupun kita kaya dengan mineral, minyak dan gas," ujarnya.


Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, apa yang menyedihkan adalah apabila Sabah hanya menerima lima peratus royalti mintak dan gas sedangkan 30 peratus KDNK Sabah datangnya dari perlombongan, tetapi kita hanya mendapat lima peratus royalti.


"Sebab itu kalaulah kita dapat tingkatkan pelaburan, pemprosesan dan nilai tambah, tentunya Sabah dapat menyumbang KDNK yang lebih tinggi kepada Malaysia.


"Oleh itu, kita memerlukan seluruh persekutuan Malaysia ini membangunkan negara Malaysia dengan mengambil perspektif Sabah," tegasnya.


Manakala, Timbalan Presiden UPKO, Senator Datuk Donald Mojuntin yang juga merupakan salah satu ahli panelis forum itu berkata, isu kewarganegaraan di Sabah masih belum selesai sehingga kini.


Menurutnya, pada tahun 1980an, populasi kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) adalah pada kadar 60 peratus. Namun, jumlah itu menurun secara mendadak kepada 21.6 peratus sekitar tahun 2000.


Katanya, jumlah popopulasi di Sabah daripada tahun 1970 hingga 2010 bertambah secara mendadak oleh kerana dakwaan Projek IC yang melibatkan pemberian kad pengenalan secara haram kepada warga asing.


"Mengikut data kelahiran penduduk dan data penduduk Sabah, ianya tidak seimbang, seperti ada yang tidak kena.


"Kalau kita lihat kepada statistik penduduk sekarang, Sabah mempunyai seramai 3.9 juta populasi tetapi lebih satu juta daripada jumlah itu adalah warga asing sama ada mereka mempunyai dokumen atau tidak.


"Jadi dengan latar belakang itu, penduduk kita mempuyai masalah pendaftaran surat beranak, surat kahwin, sukar mendapat kad pengenalan dan ada yang tidak memohon sijil kelahiran kerana ibu bapa tidak mmpunyai surat kahwin dan mempunyai masalah membuat dokumen-dokumen ini.


"Mereka sehingga hari ini memegang kad pengenalan merah (pemastautin tetap) yang adakalanya mempunyai maklumat yang tidak begitu tepat.


"Kita selalu membawa masalah ini ke dewan rakyat kerana ini masalah Sabah tetapi pemimpin-pemimpin pada masa itu menjawab seolah-olahnya masalah kita ini tidak berapa serius kepada mereka," jelasnya.


Donald berkata, walaupun beberapa cadangan telah diberikan bagi menangani masalah ini, ianya tidak berapa diterima oleh rakyat Sabah kerana kerajaan pada masa itu tidak melibatkan rakyat Sabah dalam perbincangan.


Tambahnya, masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkait langsung kepada kewarganegaraan di Sabah seharusnya melibatkan rakyat Sabah itu sendiri.


"Kita ini sebagai rakyat Sabah adalah 'stakeholder' yang terbesar dalam hal ini dan itu sebabnya kita harus melibatkan rakyat Sabah untuk memberi pandangan.


"Dengan itu, kerajaan akan dilihat menyelesaikan masalah ini secara telus dan inklusif ... Sekiranya isu ini tidak ditangani secara efektif, maka Tragedi Tanduo di Lahad Datu akan berlaku lagi.


"Ini juga berkaitan dengan keselamatan, bukan sahaja di Sabah, tetapi kepada Malaysia juga kerana kita dalam Persekutuan Malaysia. Ahli politik di kerajaan persekutuan perlu sedar akan perkara ini.


"Sejak UPKO wujud sehinggalah hari ini, kita tidak henti-henti mencadangkan penyelesaian kepada masalah ini. Saya percaya penglibataan kita sebagai komponen dalam Pakatan Harapan dapat memberi kita platform yang besar dalam membawa masalah ini kepada kerajaan persekutuan yang sedia ada sekarang," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page