Pertandingan menulis novel platform terbaik perbanyakkan bahan bacaan Kadazandusun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pertandingan menulis novel platform terbaik perbanyakkan bahan bacaan Kadazandusun


Philip ketika berucap pada majlis itu.

21 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pertandingan Menulis Novel Bahasa Kadazandusun anjuran Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) antara platform terbaik memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa itu.


Pengerusi KLF Datuk Philip Lasimbang berkata, ia selaras dengan tujuan penganjuran pertandingan untuk memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan dalam bahasa Kadazandusun bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.


“Petandingan ini yang dimulakan sejak tahun 2012 memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah penyertaan.


“Saya gembira kerana kali ini penyertaanya meningkat berbanding tahun sebelum ini iaitu 24 karya diterima oleh pihak penganjur,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Novel Kadazandusun dan penyampaian Anugerah Sastera Tan Sri Bernard Giluk Dompok, secara maya menerusi Facebook KLF, hari ini.


Philip berkata, KLF yang berperanan penting menyokong pembangunan pendidikan bahasa Kadazandusun akan terus berusaha membantu memulihara bahasa itu agar tidak pupus ditelan zaman.


“Kita telah berusaha sedaya upaya memulihara dan memartabatkan bahasa ibunda kita dan saya berharap melalui pertandingan seumpama ini dapat menyokong usaha kita ke arah itu,” katanya.


Beliau juga berharap agar lebih banyak bahan bacaan atau penulisan bahasa Kadazandusun diterbitkan pada masa akan datang agar bahasa itu tidak hilang ditelan zaman.


Kesemua hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Tan Sri Bernard Dompok.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page