Peruntukan Segera RM2.01 Juta Untuk Hospital Kota Belud, Bakal Jadi Hospital Pakar Minor

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 19 Ogos – Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan segera berjumlah RM2.01 juta bagi menaik taraf infrastruktur Hospital Kota Belud susulan lawatan rasmi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ke fasiliti kesihatan luar bandar di Sabah itu pada 16 Ogos lalu.
Lawatan yang bertujuan merapatkan jurang perkhidmatan kesihatan di wilayah ini turut menyaksikan peruntukan tersebut diagihkan untuk menangani keperluan mendesak di tiga bahagian utama hospital berkenaan, selaras dengan Pelan Induk Fasiliti Kesihatan KKM 2023–2045 yang mensasarkan peningkatan taraf hospital berkenaan kepada Hospital Pakar Minor.

Daripada jumlah RM2.01 juta itu, peruntukan terbesar iaitu RM1 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja memperbaiki dan memperbesar bangunan Jabatan Pesakit Luar (JPL) yang kini menampung purata 260 hingga 270 pesakit sehari, bagi mengatasi masalah masa menunggu yang lama.
Sebanyak RM510,000 pula diperuntukkan untuk memantapkan kelengkapan infrastruktur di Unit Pergigian, manakala baki RM500,000 digunakan bagi membeli mesin Mobile X-Ray baharu bagi menggantikan aset lama yang telah berusia 18 tahun.

Dalam jangka masa panjang, peningkatan taraf Hospital Kota Belud daripada Hospital Tanpa Pakar kepada Hospital Pakar Minor di bawah pelan induk tersebut dijangka memperluas perkhidmatan kepakaran di peringkat daerah. Langkah pemerkasaan ini secara signifikan mampu mengurangkan kebergantungan pesakit untuk dirujuk sepenuhnya ke hospital major di Kota Kinabalu, sekaligus mempercepat akses rawatan khusus di luar bandar.
Lawatan rasmi tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, serta Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis.
Semua peruntukan yang diluluskan itu telah diserahkan terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk dikendalikan dan dilaksanakan dengan segera.















Better local access to specialist care will be a major benefit for Kota Belud residents. ai automatic speech transcription could also help document patient and community interviews.
Upgrading the outpatient and diagnostic facilities is a meaningful step forward. Banana AI visual content creation could help explain new healthcare facilities to the public.
The investment should make a real difference for patients in rural Sabah. website design to code< could also help healthcare projects present information more clearly.