Pesanan MKN pesakit Covid-19 hubungi talian 999 tidak masuk akal
- Wartawan Nabalu News
- Nov 1, 2021
- 1 min read

1 Nov 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) mengkritik cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pesakit Covid-19 yang bergejala bertambah teruk menghubungi talian 999.
Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal kerana kaedah itu akan membebankan panggilan kecemasan 999 dan perkhidmatan ambulans.
“Cadangan daripada MKN ini, saya pasti ada input daripada Kementerian Kesihatan. Tetapi ini cadangan yang tidak masuk akal,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Boon Chye berkata, pada Ahad, beliau menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada MKN yang menyatakan sekiranya pesakit Covid-19 yang positif berada di rumah, perlu memantau diri sendiri setiap hari dan sekiranya gejala bertambah teruk segera hubungi 999.
Beliau menegaskan, cadangan seperti itu akan membebankan panggilan kecemasan 999 dan sistem perkhidmatan ambulans.
Comments