top of page

Pesta Kaamatan Kampung Lasau Tintapon Meriah, Serlahkan Perpaduan Komuniti

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 Mei 2026


KOTA BELUD: Pesta Kaamatan peringkat Kampung Lasau Tintapon di sini berlangsung meriah dengan kehadiran komuniti sempena cuti Hari Raya Aidiladha, sambil menekankan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama dan politik.


Pesta yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin, mewakili Datuk Ewon Benedick yang tidak dapat hadir pada saat akhir. Carlye menyampaikan salam kemaafan daripada Ewon sekaligus menegaskan bahawa sambutan Kaamatan merupakan wadah perpaduan komuniti.


“Saya mengajak semua yang hadir bersyukur, tanpa mengira fahaman agama dan politik. Sepertimana tema Kaamatan untuk Sabah tahun ini, ‘Kaamatan membudayakan warisan, memperkukuh perpaduan’,” ujar Carlye dalam ucapannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lasau Tintapon, Hillary Lantukan, yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur, mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang mula membanjiri lokasi acara sejak pagi.


Pelbagai acara diadakan sepanjang sambutan, antaranya pertandingan nyanyian (Sugandoi), pertandingan Unduk Ngadau Kanak-Kanak, pertandingan paluan gong, pertandingan gasing, pertandingan masakan tradisional, serta cabutan tiket bertuah.

Sepanjang acara, komuniti turut mengadakan jualan aneka makanan dan minuman. Hadir sama ialah pemimpin-pemimpin masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page